My Add

Saturday 17 November 2012

Pelaksanaan hukum hudud bukan keutamaan Pas - Wan Azizah

KOTA BHARU, JUMAAT, 16 November, 2012: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail percaya pelaksanaan hukum hudud bukan kepentingan utama Pas kerana tidak disentuh dalam ucapan dasar Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Muktamar Pas Ke-58 di sini hari ini.

Beliau berkata, isu hudud hanya ditimbulkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) manakala fokus utama Pas adalah menegakkan negara berkebajikan serta perpaduan dalam kalangan parti pembangkang ketika menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Ucapan hari ini Pas tidak mengatakan begitu. Negara berkebajikan dan perpaduan itu yang diperkatakan, (hudud pula) dibesar-besarkan oleh Chua Soi Lek (Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek)," katanya ringkas ketika ditemui dalam Muktamar Pas Ke-58 di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment