My Add

Saturday 10 November 2012

Pelbagai pihak buat laporan polis bantah Nurul Izzah

*SEBAHAGIAN ahli pertubuhan Pemikir Muda Melaka membuat laporan polis berikutan kenyataan Nurul Izzah yang mengelirukan umat Islam di Balai Polis Bukit Baru, Melaka, semalam.

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 November, 2012: Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama dalam kalangan orang Melayu baru-baru ini dikecam pelbagai pihak yang tampil membuat bantahan dan laporan polis hari ini.

Di MELAKA, Presiden Pertubuhan Belia Pemikir Muda (PMM), Mohd. Rafiq Naizamohideen bersama 10 ahli lain membuat laporan berkaitan kenyataan tersebut di Balai Polis Bukit Baru pada pukul 12.30 tengah hari.

Menurutnya, kenyataan Nurul Izzah bahawa kebebasan memilih agama oleh semua kaum termasuk orang Melayu itu akan mengundang kesan negatif terhadap Islam sebagai agama Persekutuan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment