My Add

Sunday 18 November 2012

Pemaju iklankan projek belum lulus diberi amaran

ALOR SETAR, AHAD, 18 November, 2012: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung memberi amaran kepada pemaju perumahan supaya tidak mengiklankan penjualan rumah di akhbar sebelum projek diluluskan Jabatan Perumanan Negara (JPN).

Katanya, banyak pemaju didapati melanggar peraturan permit iklan dan penjualan rumah dan kesalahan ini boleh dikenakan denda maksimum RM250,000.

"Sehubungan itu beberapa syarikat telah diberi notis oleh JPN untuk dikenakan denda maksimum kerana sengaja melanggar peraturan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci projek perumahan Taman Seri Derga Fasa 3, Derga di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Alor Setar itu menyarankan syarikat-syarikat akhbar meneliti dan mengkaji iklan pemaju perumahan sebelum mengiklannya dalam akhbar mereka.

"Saya harap syarikat akhbar tidak fikirkan keuntungan saja. Mereka perlu ada tanggungjawab untuk periksa iklan penjualan rumah yang hendak dibuat,” kata Chor. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment