My Add

Thursday 15 November 2012

Pemandu, kelindan treler maut nahas kenderaan remph pembagi jalan

BENTONG , KHAMIS, 15 November, 20122: Seorang pemandu dan kelindan sebuah treler yang membawa muatan besi buruk, maut selepas kenderaan berat itu merempuh pembahagi jalan di KM42 Lebuh Raya Karak menghala ke Bentong di sini, malam tadi.

Treler itu dipercayai dipandu laju sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum melanggar sebuah kereta Myvi, yang datang dari arah bertentangan.

Menurut Unit Peronda Lebuh Raya Karak, dalam kejadian 9.25 malam itu, Mohd. Yusof Mansor, 38, dan kelindannya yang belum dikenali identitinya, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu dan kelindan treler berkenaan terpelanting keluar daripada kenderaan itu. Tangan kelindan itu putus dan mukanya pula hancur,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lelaki dan seorang wanita yang menaiki kereta Myvi itu, cedera parah dan dihantar orang ramai ke hospital berdekatan.

Kemalangan itu menyebabkan lalu lintas bergerak perlahan sejauh kira-kira lima kilometer di bahagian lebuh raya itu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment