My Add

Tuesday 27 November 2012

Pemandu teksi didenda RM1,200 kerana cederakan anak tiri

 PETALING JAYA, ISNIN, 26 November, 2012: Seorang pemandu teksi didenda RM1,200 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi kesalahan mencederakan anak tiri lelakinya berusia 11 tahun, lapan bulan lepas.

Ahmad Md Idris dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Nazri Omran selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Ahmad, 57, didakwa mendatangkan cedera terhadap kanak-kanak terbabit di kediaman mereka di Puchong, di antara 7 pagi hingga 10 pagi, 24 Mac lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, kanak-kanak itu memaklumkan kepada guru yang bertanya mengenai lebam di mukanya bahawa dia dipukul ayah tirinya dengan tali pinggang kerana bermain basikal di dalam rumah mereka.

Ahmad yang tidak diwakili peguam bela ketika memohon mahkamah mengenai hukuman ringan berkata dia mempunyai tanggungan sembilan orang anak termasuk dua orang anak tirinya.

Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana tertuduh sepatutnya menjaga kanak-kanak itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment