My Add

Sunday 18 November 2012

Pembahagian kerusi DAP, Pas, PKR hampir selesai

KOTA BHARU, SABTU, 17 November, 2012: Pembahagian kerusi di antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 hampir selesai.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, berdasarkan pembahagian kerusi tersebut akan menyaksikan pertandingan dua penjuru sahaja di antara Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang, tidak termasuk sekiranya ada calon Bebas atau di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, Pas juga bakal menampilkan beberapa calon daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

"Untuk di Semenanjung hampir 90 peratus pembahagian kerusi telah selesai, di Sabah dan Sarawak kita masih berunding kerana mungkin ada yang dikatakan 'pakatan plus' dengan parti-parti tempatan.

"Insya-Allah ada beberapa wakil daripada DHPP akan bertanding pada pilihan raya kali ini, jumlah kerusi di antara parti komponen tidak boleh didedahkan lagi," katanya dalam sidang akhbar Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment