My Add

Tuesday 27 November 2012

Pembantu rumah dakwa didera majikan

*SUYANI Abdullah yang bengkak dan lebam mata serta cedera anggota ditemui jiran majikannya di Taman Sejahtera, Sungai Petani, kelmarin.

SUNGAI PETANI, ISNIN, 26 November, 2012: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa dera dan pukul diselamatkan selepas mangsa melarikan diri dari rumah majikannya di Taman Sejahtera, di sini semalam.

Mangsa, Suryani Abdullah, 21, ditemui jiran majikannya itu dalam keadaan lemah sebelum diserahkan kepada Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) kira-kira pukul 12 tengah hari.

Suryani yang memasuki negara ini melalui agensi pekerja asing mendakwa dipukul di kepala, tangan dan muka kerana dikatakan tidak mematuhi arahan majikannya untuk bangun pagi.

"Majikan mengarahkan saya bangun awal pagi untuk melakukan kerja rumah. Pada malam Jumaat lalu, dia mengarahkan saya bangun pada pukul 5 pagi tetapi keesokannya saya penat dan terlajak tidur hingga pukul 7 pagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment