My Add

Saturday 10 November 2012

Pembelajaran di luar bilik darjah bantu kuasai bidang ilmu

PETALING JAYA, SABTU, 10 November, 2012:: Pembelajaran di luar bilik darjah dapat membantu pelajar menguasai sesuatu bidang ilmu dan memperkukuhkan lagi pengalaman tentang dunia kehidupan yang sebenar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata melalui aktiviti merekacipta, membina dan mengendalikan robot ia dapat membantu pelajar menguasai ilmu dalam bidang kejuruteraan komputer, elektrikal dan mekanikal berteknologi tinggi.

"Bidang ini sememangnya mempunyai permintaan tinggi dalam industri," katanya dalam ucapan ketika merasmikan pertandingan World Robot Olympiad Kuala Lumpur 2012 (KL WRO 2012) di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia secara langsung mampu meningkatkan kemahiran lain seperti kemahiran berfikir, penyelesaian masalah, pembelajaran kendiri serta kemahiran bekerja sebagai satu pasukan.

Sebanyak 405 pasukan daripada 30 negara dijangka bertanding bagi merebut kejuaraan kali kesembilan KL WRO 2012 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid bermula hari ini hingga esok. - BH

No comments:

Post a Comment