My Add

Thursday 8 November 2012

Pemuda BN cuma mahu perjanjian jual beli

PULAU PINANG, RABU, 07 November, 2012: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri tidak peduli dengan lanjutan tempoh bayaran penuh tapak projek perumahan rakyat (PPR) Taman Manggis sehingga 4 Disember ini yang ditawarkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada mereka.

Ketuanya, Oh Tong Keong berkata, apa yang diperlukan oleh pihaknya sekarang hanyalah perjanjian jual beli.

"Kalau nak lanjut sampai setahun pun tiada guna sebab kerajaan negeri memang tidak jujur untuk jual tanah tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, kerajaan DAP Pulau Pinang melanjutkan tempoh bayaran penuh tapak PPR Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin sehingga 4 Disember ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik berkata, keputusan tersebut adalah muktamad dan tiada lagi tempoh lanjutan diberikan kepada Pemuda BN negeri berbuat demikian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment