My Add

Monday 5 November 2012

Pemuda UMNO bantu penduduk dapat BR1M

 *MUSA Aman (tengah) menyerahkan replika borang BR1M kepada Awang Kadin Tang (kiri), Khairy Jamaluddin (dua dari kiri), Rosnah Rashid Shirlin (dua dari kanan) dan Musliati Moslimin (kanan) semasa pelancaran Kempen Derma Darah 2012 di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
KOTA KINABALU, AHAD, 04 November, 2012: Pergerakan Pemuda UMNO akan menggerakkan jenteranya ke pedalaman Sabah untuk memastikan penduduk di kawasan luar bandar di negeri itu mendaftar sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, usaha berkenaan penting bagi memudahkan penduduk khususnya para belia di pedalaman menerima BR1M daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Pada tahun lalu, saya dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah membangkitkan perkara ini dalam Parlimen. Alhamdulillah, cadangan kita didengar dan belia yang layak juga berpeluang mendapat BR1M," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran Program Kempen Derma Darah 2012 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment