My Add

Tuesday 27 November 2012

Penafian Pas dalam isu doa hanya helah

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 26 NovEMBER, 2012: Penafian pemimpin Pas mengenai doa mendatangkan kebinasaan dan kehancuran adalah ditujukan kepada UMNO dan bukannya ahli parti itu hanya helah mereka untuk menutup keceluparan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, berdasarkan maksud ayat yang terkandung di dalam doa tersebut, jelas menunjukkan tindakan mereka mendoakan kebinasaan untuk orang UMNO.

“Mendoakan kehancuran parti UMNO sama dengan mendoakan kehancuran orang UMNO kerana parti UMNO tidak memberi sebarang makna dan sekadar nama tanpa ahlinya (orang).

“Apabila menimbulkan kontroversi, pemimpin Pas cari helah dakwa doa itu ke atas parti bukan ke atas orang UMNO," katanya di sini hari ini. -  UTUSAN

No comments:

Post a Comment