My Add

Wednesday 14 November 2012

Penduduk bimbang ancaman gajah liar

JELI, SELASA, 13 November, 2012: Kira-kira 100 penduduk Kampung Renyuk dekat sini hidup dalam ketakutan akibat ancaman gajah liar yang turut memusnahkan tanaman mereka.

Mereka turut mendakwa pendapatan terjejas kerana tidak berani untuk keluar menoreh getah sejak seminggu lalu, selain kerugian akibat pelbagai tanaman yang diusahakan seperti pisang, kelapa dan getah muda dimusnahkan oleh haiwan tersebut.

Seorang penduduk, Talib Mat Diman, 64, menyeru pihak berkuasa mengambil langkah segera bagi mengatasi ancaman gajah liar tersebut kerana penduduk bimbang dengan keselamatan mereka.

"Gajah liar itu biasanya mula masuk ke kebun antara pukul 9 malam hingga 4 pagi sebelum memusnahkan tanaman penduduk.

"Selain itu, ada juga penduduk kampung yang keluar untuk menoreh getah pada pukul 6 terserempak dengan haiwan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kebunnya di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment