My Add

Sunday 18 November 2012

Pengawasan hutan melalui udara tingkat keberkesanan, kesan pencemaran

KUALA LUMPUR, AHAD, 18 November, 2012: Program Pengawasan Hutan Melalui Udara akan dilaksanakan awal tahun depan bertujuan meningkatkan keberkesanan tindakan mengesan punca pencemaran atau pelanggaran undang-undang alam sekitar, terutama di kawasan yang sukar dimasuki melalui jalan darat.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, mesyuarat Kabinet pada 12 Okt lepas memutuskan supaya Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri menyalurkan peruntukan RM2 juta bagi pembiayaan program itu oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"Program pengawasan ini membabitkan penguatkuasaan secara bersepadu pelbagai agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar atau 1 NRE Enforcement," katanya dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment