My Add

Saturday 17 November 2012

Pengecualian tertentu wakil Pas tanding dua kerusi

KOTA BHARU, SABTU, 17 November, 201: Pengecualian tertentu akan diberikan oleh PAS Pusat untuk membenarkan pemimpin PAS bertanding dua kerusi pada pilihan raya umum ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata pada dasarnya pucuk pimpinan bersetuju hanya memperuntukkan satu kerusi kepada setiap calon untuk bertanding tetapi pemberian dua kerusi boleh diberikan atas sebab-sebab tertentu.

"Terpulang kepada PAS Pusat yang akan turun ke bawah bagi mendengar cadangan berkenaan. Seboleh-bolehnya kita berikan satu kerusi tetapi pengecualian tertentu boleh diberikan dua kerusi untuk ditandingi," katanya pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Kali-58 di Pusat Tarbiah Islamiah di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Mustafa berkata kini pembahagian kerusi bagi calon PAS sudah 90 peratus selesai terutama di Sabah dan Sarawak.

"Ada sikit lagi terutama di Sabah dan Sarawak. Kita tak boleh umum lagi pada waktu ini," katanya.

Mengulas permintaan Dewan Himpunan Penyokong PAS agar sayap itu juga diperuntukkan kerusi, beliau berkata anggota Dewan itu juga akan diberikan kerusi.
"Jumlah bukan Islam yang bertanding mewakili PAS akan ada tetapi jumlahnya sedikit," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment