My Add

Wednesday 21 November 2012

Penghidap HIV disyorkan layak terima zakat

KUALA LUMPUR, RABU, 21 November, 2012: Persidangan Antarabangsa Islam dan HIV/AIDS 2012 yang berakhir hari ini membentangkan 13 resolusi termasuk mengesyorkan supaya penghidap HIV layak mendapat manfaat zakat di bawah asnaf riqab.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, penghidap HIV perlu dikategorikan dalam lapan asnaf yang disenaraikan layak sebagai penerima zakat bagi membantu mereka menyara kehidupan.

Jelasnya, penghidap HIV boleh dikategori sebagai al-riqab yang bermaksud tawanan kerana mereka ditafsirkan golongan yang ditawan penyakit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment