My Add

Sunday 18 November 2012

Pengunjung pusat beli-belah cemas dengan panggilan bom

*PENIAGA dan pengunjung diarah keluar bagi mengosongkan Plaza Angsana. - Foto NSTP

JOHOR BAHRU, AHAD, 18 November, 2012:: Ratusan peniaga dan pengunjung diarahkan mengosongkan Plaza Angsana di sini, selepas menerima panggilan bom di dalam kompleks perniagaan terbabit.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, polis mengarahkan orang ramai supaya mengosongkan premis terbabit.

Sumber memberitahu,pada jam 10.45 pagi satu panggilan diterima memaklumkan ada bom dalam premis itu.Kemudian penggera berbunyi hampir 15 minit sebelum polis mengarahkan orang ramai keluar daripada premis.

Difahamkan, unit pemusnah bom dan polis sedang mengesan bom yang didakwa berada dalam bangunan terbabit. - BH

No comments:

Post a Comment