My Add

Friday 16 November 2012

Pengurus ladang dan penolongnya diculik

KOTA KINABALU, KHAMIS, 15 November, 2012: Seorang pengurus ladang kelapa sawit dan penolongnya dilaporkan diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata api dari sebuah ladang di kawasan pedalaman di bahagian pantai timur Sabah, semalam.

Ladang tersebut terletak kira-kira dua kilometer dari kawasan pantai, bersebelahan tanah rancangan Felda Sahabat 15, kira-kira 50km dari pekan Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kedua-dua mangsa lelaki itu berusia 25 dan 33 tahun itu, dari Semenanjung, dan mempunyai tali persaudaraan itu menggunakan nama keluarga Tung.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa itu dipercayai diculik antara pukul 3.30 petang dan 4.30 petang dan setakat ini, tiada tuntutan atau pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam penculikan tersebut.

Hamza berkata, semasa kejadian itu, kedua-dua mangsa bersama dua pekerja mereka yang sedang menjalankan kerja harian di rumah sarang burung walit (dalam kawasan ladang kelapa sawit) telah didatangi lima lelaki yang bersenjata api dan seorang daripada mereka memakai topeng.

"Mereka yang menggunakan loghat ”Suluk” kemudian telah menculik mangsa dan membawa mereka dengan menaiki bot enjin sangkut lalu menghilangkan diri dari pantai Lahad Datu,” katanya pada media di ibu pejabat polis kontinjen Sabah di Kepayan, dekat sini, hari ini. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment