My Add

Wednesday 7 November 2012

Pengusaha cuci kereta dibunuh

*ANGGOTA forensik melakukan pemeriksaan di lokasi pembunuhan N. Sundar di Jalan Baiduri 1/2, Taman Perling, Johor Bahru, semalam.

Oleh AZIZI MAJID
JOHOR BAHRU, SELASA, 06 November, 2012: Seorang pengusaha pusat cuci kereta maut selepas ditembak dari jarak dekat di premis perniagaannya di Jalan Baiduri 1/2, Taman Perling di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.45 tengah hari itu, N. Sundar, 36, mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di kepala dan dada.

Menurut seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Bharat, 30, ketika kejadian dia bersama tiga pekerja lain sedang mencuci kereta pelanggan manakala majikannya berada di kaunter pembayaran.

"Tiba-tiba saya terdengar beberapa bunyi tembakan dan saya nampak majikan saya berlumuran darah dan tidak bergerak lagi," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment