My Add

Monday 5 November 2012

Penyakit paru-paru antara punca utama pesakit masuk hospital

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 November, 2012: Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma dan sekatan pulmonari kronik (COPD) kini merupakan antara punca utama pesakit dimasukkan ke hospital di negara ini.

Pengerusi Yayasan Paru-Paru Malaysia, Datuk Dr. Zainudin Md. Zin berkata, di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 1.5 juta penghidap penyakit asma dan sebanyak 300 juta orang di seluruh dunia menderita penyakit sama.

Katanya, kira-kira 50 peratus daripada jumlah penghidap asma pula terdiri daripada kanak-kanak.

"Tahap kesedaran rakyat di negara ini berhubung penyakit tersebut masih belum memuaskan.

"Sehubungan itu, Yayasan Paru-paru Malaysia telah mengadakan pelbagai usaha bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya penyakit berkaitan paru-paru secara berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia dalam majlis jualan amal yang dianjurkan Yayasan Paru-Paru Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment