My Add

Thursday 8 November 2012

Penyokong LGBT dinasihat kembali norma fitrah manusia

KUALA LUMPUR, RABU, 07 November, 2012: Sesetengah pihak dan pemimpin di negara ini yang menyokong kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diselar dan dinasihatkan kembali kepada norma-norma asal fitrah kehidupan manusia.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, kegiatan tersebut bertentangan dengan ajaran agama dan membawa pelbagai keburukan baik dari segi kesihatan, institusi keluarga, sosial dan lain-lain.

"Berasaskan pemahaman, kajian sejarah dan agama mereka sendiri yang jelas tidak membenarkan amalan LGBT, tiga pemimpin agama di Amerika Syarikat (AS) mengatakan taufan Sandy yang melanda pantai timurnya berlaku, kesan kegiatan tersebut.

"Sewajarnya agenda LGBT tidak perlu diberi peluang di negara kita yang berpegang kepada ajaran agama dan nilai-nilai murni," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment