My Add

Sunday 11 November 2012

Perak Man' pulang ke Lenggong
 
* RAIS dan Zambry Abdul Kadir melancarkan plak pengisytiharan Tapak
 Arkeologi Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia di Dataran
Lenggong, Perak, semalam. - Mingguan/Zulkarnain Mohd. Saidin

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
LENGGONG, SABTU, 10 November, 2012: 'Perak Man', kerangka purba paling lengkap pernah ditemui akhirnya akan pulang ke tempat asalnya di Lembah Lenggong di sini, setelah mendapat persetujuan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim ketika mengumumkan perkara itu berkata, upacara pemindahan rangka berusia kira-kira 11,000 tahun lalu itu akan dilakukan selepas segala kemudahan menempatkannya siap dibina dalam tempoh dua tahun.

Beliau memberitahu, pihak kementerian belum menetapkan secara khusus sama ada rangka itu akan ditempatkan di Muzium Arkeologi Lenggong atau tempat baharu yang bakal dibina kerana bergantung kepada garis panduan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment