My Add

Thursday 15 November 2012

Perkasa kesal dengan pendirian Dewan Ulama Pas

PASIR MAS, KHAMIS, 15 November, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meluahkan rasa kesal dengan tindakan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan tersebut dianggap cukup luar biasa yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama kerana isu tersebut boleh menguris hati umat Islam di negara ini serta memosongkan akidah.

Sehubungan itu, beliau mendesak Dewan Ulama Pas untuk menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan yang dilontarkan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment