My Add

Thursday 15 November 2012

Perlu program latihan tangani penyakit kemalangan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 November, 2012: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) menyaran agar majikan memperkenal dan melaksana program latihan yang komprehensif dan mampan bagi menangani masalah penyakit kemalangan melibatkan pekerja mereka.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, dengan berbuat demikian, syarikat awam dan swasta boleh memperoleh penjimatan kos yang besar, menambah baik imej dan membuat sumbangan bermakna bagi mencapai sasaran keselamatan jalan raya.

"Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), terdapat tiga kematian berkaitan kerja setiap hari pada 2011 dan dua antaranya disebabkan penyakit kemalangan yang membuktikan keadaan yang serius di negara ini.

"Jumlah penyakit kemalangan meningkat hampir 40 peratus dalam tempoh enam tahun lepas dari 17,704 pada 2006 ke 24,809 pada 2011,” katanya dalam satu kenyataan.

Lam Thye juga menyenarai faktor peningkatan kes termasuk kekurangan kesedaran di kalangan pekerja mengenai menunggang dan memandu secara selamat ke tampat kerja, kekurangan program latihan komprehensif dan kekurangan pengurusan keselamatan kemalangan di bawah sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment