My Add

Sunday 18 November 2012

Pertahan kepimpinan ulama - Perwakilan

KOTA BHARU , SABTU,17 November, 2012: Pas perlu mempertahankan kepimpinan ulama dan memastikan kedudukan mereka tidak tergugat kerana hanya golongan ini yang dapat memberi panduan yang betul dalam perjuangan parti itu menuju ke Putrajaya.

Perwakilan Pulau Pinang, Mohd. Fauzi Yusof berkata, agenda utama Pas adalah memberi kefahaman yang betul tentang Islam kepada masyarakat dan pihak yang mempunyai autoriti untuk melaksanakannya adalah golongan ulama.

Tambahnya lagi, semua pihak perlu ingat bahawa pengundi Melayu adalah golongan yang sebenarnya menentukan kemenangan Pas dalam pilihan raya, justeru fokus dakwah seharusnya ditumpukan kepada mereka.

"Pengundi Melayu yang akan angkat kita ke Putrajaya, kita kena fokus kepada agenda kita iaitu memberi kefahaman Islam yang betul kepada mereka dan sudah tentu orang yang ada autoriti dalam perkara ini adalah kepimpinan ulama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment