My Add

Friday 16 November 2012

Perwakilan kritik ucapan Ketua Pemuda

*NASRUDDIN Hassan (tiga dari kiri) bersama barisan kepemimpinan Pemuda
pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-53 di Dewan Jubli Perak, Kota Bahru semalam.

KOTA BHARU, KHAMIS, 15 November, 2012: Pemuda Pas Johor mengkritik ucapan dasar Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang disifatkannya sebagai ucapan tidak membina tanpa memberi sebarang idea baru seperti mana yang diharapkan golongan muda.

Selain itu perwakilan berkenaan turut membidas Nasruddin kerana tidak berani mengkritik kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang seolah-olah pemimpin negeri itu maksum.

Perwakilan Pemuda Pas Johor, Mohd. Faizul Mohd. Salleh berkata, ucapan Nasruddin hanya mengimbau kembali sejarah silam perjuangan parti itu dan tahap ekonomi negara.

Beliau berkata, Pemuda sewajarnya memainkan peranan mereka sebagai ejen pendesak dan berani menegur pemimpin pembangkang terutama di negeri-negeri yang dikuasai mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment