My Add

Saturday 17 November 2012

Perwakilan Pas Kedah digesa bawa usul Kuin

KULIM, JUMAAT, JUMAAT, 16 November, 2012: Perwakilan Pas Kedah digesa membuat usul tergempar bagi membincangkan kemelut dihadapi Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Muktamar Tahunan Pas yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, mereka perlu mengambil kesempatan sempena muktamar berkenaan memandangkan kemelut pentadbiran Kuin yang berada di bawah kerajaan Pas Kedah amat meruncing.

"Kuin juga melibatkan kepentingan rakyat khususnya di Kedah. Pelbagai isu yang timbul boleh menjejaskan nama baik Kuin sebagai salah sebuah institusi pendidikan Islam yang terkemuka di negara kita," katanya dalam sidang akhbar berhubung dakwaan penyelewengan pentadbiran Kuin, di sini hari ini.

Sejak beberapa bulan lalu, Kuin dilanda pelbagai krisis termasuk yang terbaharu Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Negeri Kedah membuat laporan polis kerana Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang ditawarkan di kolej itu masih gagal mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment