My Add

Wednesday 7 November 2012

Pesawat Twin-Otter MASwings tergelincir di Marudi

MIRI, RABU, 07 November, 2012:Sebuah pesawat jenis Twin-Otter milik MASwings tergelincir semasa mendarat di lapangan terbang Marudi namun dua juruterbang dan 17 penumpangnya selamat.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Abu Bakar Mokhtar berkata ketika kejadian, pesawat berkenaan sedang mendarat di landasan tersebut pada pukul 2.33 petang ini setelah berlepas dari lapangan terbang Miri pada pukul 2.19 petang dengan keadaan cuaca cerah dan tidak hujan.

"Setelah mendarat, penerbangan MH3562 itu tergelincir, pada anggaran saya 40 meter dari landasan dengan bahagian hadapan terus menjunam masuk ke parit kecil berhampiran landasan tersebut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abu Bakar berkata setakat ini hanya seorang penumpang iaitu wanita berumur 26 tahun dilaporkan cedera ringan iaitu bengkak di kaki dan diberi rawatan pesakit luar.

"Lapangan terbang Marudi sehingga kini masih ditutup untuk kerja mengalihkan pesawat tersebut dengan segera," katanya, sambil menambah punca kejadian akan disiasat oleh Jabatan Penerbangan Awam.

Pegawai Perhubungan Awam MASwings Melissa Crocker berkata kenyataan rasmi mengenai kejadian itu akan dikeluarkan hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment