My Add

Sunday 4 November 2012


Petronas perlu giat E&P gas, minyak di seluruh dunia berikutan pemisahan Sudan

KHARTOUM (Sudan) 3 Nov. - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) perlu mempergiatkan aktiviti eksplorasi dan pengeluaran (E&P) gas serta minyak di seluruh dunia ekoran pengurangan pengeluaran serta pendapatan akibat pemisahan Sudan dan Sudan Selatan.

Penasihat Petronas, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walaupun pengurangan pendapatan syarikat itu bersifat sementara, usaha E&P perlu dilakukan segera bagi menjamin hasil yang lebih stabil pada masa depan.

"Sudah tentu kita perlu mencari kawasan minyak baru untuk dieksploitasi dan masalah kita dengan Kanada bermakna pendapatan akan berkurangan.

"Namun terdapat banyak lagi rizab minyak di seluruh dunia dan kita perlu mencarinya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan warga Petronas di ibu pejabat syarikat itu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment