My Add

Tuesday 27 November 2012


Petronas perlu jelaskan kedudukan kontrak dengan kerajaan Kelantan


Oleh KAMIL MASLIH
 KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 NovEMBER, 2012: Petronas perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan melanggar kontrak yang ditandatangani dengan kerajaan negeri Kelantan seperti yang dibangkitkan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, penjelasan itu penting supaya masyarakat dapat mengetahui sama ada perkara tersebut merupakan isu perundangan atau isu politik yang sengaja dibangkitkan kerajaan Pas Kelantan.

"Saya hairan kenapa sejak 1975, baru kali ini isu itu dibangkitkan, saya berpendapat tindakan tersebut sengaja dilakukan untuk mendapatkan undi rakyat Kelantan.

"Sebagaimana Hindraf yang menjanjikan RM1 trilion kepada rakyat Malaysia berketurunan India sebagai ganti rugi daripada kerajaan Britain, taktik sama digunakan kerana berkesan dalam pilihan raya umum 2008," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment