My Add

Saturday 17 November 2012

PGPF gesa campur tangan antarabangsa

KUALA LUMPUR, JUMAAT,,16 November, 01: Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) menggesa campur tangan komuniti antarabangsa bagi menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan Israel berikutan serangan terhadap Gaza.

Pengerusinya, Tan Sri Norian Mai berkata, tindakan Israel yang melancarkan serangan semalam kononnya atas alasan keselamatan hingga menyebabkan kehilangan nyawa kepada rakyat Palestin adalah tidak boleh diterima.

"Komuniti antarabangsa tidak boleh lagi hanya menzahirkan bantahan dan kutukan bagi meminta Israel untuk menghentikan serangan.

"Sebaliknya langkah konkrit perlu dibuat termasuk campur tangan fizikal jika Israel enggan menurut gesaan komuniti antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas serangan Israel ke atas Gaza yang mengorbankan 11 nyawa termasuk dua kanak-kanak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment