My Add

Tuesday 20 November 2012

PGPF lancar Tabung Kecemasan Gaza

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 November, 2012: Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) hari ini melancarkan Tabung Kecemasan Gaza bagi membantu penduduk di wilayah itu selepas Israel melancarkan serangan bom yang menyaksikan jumlah korban kini meningkat kepada lebih 100 orang.

Presidennya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin di Gaza akibat kezaliman rejim Israel turut mendapat simpati seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan keturunan.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi talian 03-20927248 atau layari www.perdana4peace.org untuk maklumat lanjut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment