My Add

Friday 16 November 2012

PM Jepun umum bubar Parlimen

TOKYO, JUMAAT, 16 November, 2012:: Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda membubarkan Parlimen hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum yang dilihat bakal mengakhiri penguasaan Parti Demokratik dalam kerajaan selama tiga tahun.

Pembubaran Parlimen itu diumumkan Noda selepas pihak pembangkang dari Parti Liberal Demokratik bersetuju untuk menyokong beberapa perubahan penting dalam undang-undang, termasuk Enakmen Kewangan Defisit dan reformasi dalam proses pilihan raya.

Kabinet dijangka mengumumkan tarikh pilihan raya pada 16 Disember ini. - AP

No comments:

Post a Comment