My Add

Wednesday 7 November 2012

PM lancar PUsh tingkat prestasi usahawan ICT

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR, RABU, 07 November, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan inisiatif Pemangkin Usahawan (PUsh) bertujuan meningkatkan prestasi usahawan bumiputera dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta multimedia.

Beliau berkata, inisiatif itu turut melibatkan usaha membangunkan industri kreatif negara selain meletakkan sasaran mewujudkan tiga syarikat gergasi ICT bumiputera menjelang 2015.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran inisiatif PUsh di Pusat Komvensyen TM di Menara TM di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment