My Add

Tuesday 20 November 2012

PM mahu bertemu pengikut Twitter beliau yang kesejuta
KUALA LUMPUR, SELASA, 20 November, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan hasrat untuk bertemu pengikut Twitter beliau yang kesejuta selepas jumlah pengikutnya melepasi jumlah itu setakat ini.

Sambil menyifatkan sokongan itu sebagai saat yang istimewa bagi dirinya di laman Twitter, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang setia menjadi pengikut Twitternya selama ini.

"Bilangan pengikut Twitter saya mencecah satu juta malam tadi. Saat yang istimewa bagi saya di Twitter. Terima kasih kepada semua," katanya di laman Twitter sebentar tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment