My Add

Wednesday 7 November 2012

Polis cedera digigit, ditumbuk pesalah trafik

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 November, 2012: Sudahlah melakukan kesalahan menukar haluan di garisan berkembar, seorang lelaki yang mempunyai enam rekod kesalahan trafik tergamak bertindak menggigit paha dan menumbuk muka seorang anggota polis trafik di Jalan Davis di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, anggota berkenaan dan beberapa rakan setugas sedang menjalankan operasi apabila sebuah kereta jenis Hyundai berwarna hitam menukar haluan di garisan berkembar dari Jalan Sultan Ismail menuju ke Bulatan Kampung Pandan.

Beliau berkata, anggota itu kemudian menahan kereta tersebut dan meminta pemandunya menyerahkan kad pengenalan serta lesen memandu untuk diperiksa.

Kereta tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia 28 tahun dan berasal dari Taman Gembira, Banting, Selangor. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment