My Add

Thursday 22 November 2012

Polis Indonesia lerai demonstrasi anti Israel

JAKARTA, KHAMIS, 22 November, 2012: Polis Indonesia terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 200 penunjuk perasaan anti-Israel yang berhimpun berhampiran kedutaan Amerika Syarikat, semalam.

Mereka yang terdiri daripada ahli Persatuan Pelajar Islam berarak sambil mengibarkan bendera Palestin dan memegang sepanduk `Selamatkan Palestin dari pengganas Israel’.

Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto berkata, mereka turut melempar telur dan batu di luar kedutaan memaksa polis anti rusuhan melepaskan gas pemedih mata. - AGENSI

No comments:

Post a Comment