My Add

Wednesday 21 November 2012

Polis kesan lelaki rompak barang kemas di Ipoh

IPOH, RABU, 21 November, 2012: Polis ingin mencari seorang lelaki untuk membantu siasatan kes rompakan bersenjatakan pistol di sebuah kedai emas di Jalan Lahat di sini, Isnin lalu.

Lelaki itu dikenali sebagai J.Paul Xavier, 24, dan berasal dari Johor Bahru.

Ketua Polis Perak Datuk Mohamad Shukri Dahalan berkata, polis menahan tiga lelaki berusia antara 24 dan 25 tahun selepas merompak kedai emas berkenaan manakala seorang lagi melarikan diri bersama barangan kemas yang dirompak itu.

Hasil tangkapan itu, polis merampas sepucuk pistol berisi empat peluru, dua tukul besi, dua pasang jaket, sarung tangan, telefon bimbit, topeng muka, dua motosikal dan topi keledar, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati motosikal itu adalah motosikal curi yang dilapor hilang di sini dan Shah Alam, Selangor.

Ketiga-tiga lelaki yang ditahan itu tidak bekerja dan mempunyai rekod jenayah lampau, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment