My Add

Wednesday 7 November 2012

Polis Selangor berkas 12 suspek pecah rumah, curi kenderaan

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 November, 2012: Polis Selangor memberkas 12 orang termasuk tiga wanita asing disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah, samun dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang sejak Ogos lalu dengan kerugian hampir RM400,000.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata suspek berusia antara

30 dan 45 tahun itu ditangkap menerusi dua operasi di Puchong dan sebuah kondominium di Jalan Putramas Khamis lalu. Mereka terdiri daripada sembilan lelaki tempatan, dua wanita Thailand dan seorang wanita Indonesia, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Semua suspek lelaki direman sehingga Khamis ini, manakala tiga wanita berkenaan direman sejak Khamis lepas sehingga hari ini, katanya.

Katanya, polis juga merampas tiga kereta dan pelbagai barangan elektronik serta barangan kemas dipercayai dicuri kumpulan terbabit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment