My Add

Sunday 18 November 2012

Polis tahan 22 kaki judi dalam Ops Dadu

KUANTAN, AHAD, 18 November, 2012: Seramai 22 kaki judi diberkas dalam serbuan di tiga premis berasingan di Jalan Wong Ah Jang dan Jalan Tun Ismail di sini yang bermula 11 malam hingga 3 pagi tadi.

Pegawai Turus Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Sampornak Ismail berkata, kesemua mereka yang ditahan dalam Operasi Ops Dadu itu dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian Internet.

Katanya, mereka yang ditahan terbabit merupakan 19 lelaki dan tiga wanita yang berusia 20 hingga 40 tahun termasuk penjaga premis.

Menurut beliau, dalam tiga serbuan itu, polis merampas 54 set komputer yang disyaki mengandungi unsur perjudian Internet serta merampas wang tunai RM2,400 yang dipercayai duit pelanggan.

Beliau berkata, susulan itu, polis akan memotong semua bekalan elektrik serta air di premis-premis tersebut dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 4B Akta Rumah Judi Terbuka Pindaan 1953. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment