My Add

Wednesday 7 November 2012

Poltik jangan guna agama

KUALA LUMPUR, SELASA 06 November, 2012: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar diingatkan agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan isu agama dalam tawar menawar politik demi mendapatkan sokongan masyarakat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Yusof Othman berkata, agama bukan 'barang' untuk para pemimpin memancing undi kerana ia cukup sensitif untuk diperlekehkan.

Menurutnya, beliau risau mengenai situasi politik semasa negara sekarang yang mana setiap wakil rakyat mengeluarkan ungkapan yang tidak berhati-hati termasuk membelakangkan agama demi mendapat sokongan masyarakat.

''Isu agama ini sangat sensitif. Ini yang kadang-kadang merisaukan saya bila wakil-wakil rakyat mengeluarkan kata-kata tanpa mengira sensitiviti agama, kaum dan bangsa demi meraih sokongan masyarakat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment