My Add

Saturday 17 November 2012

Presiden Myanmar kutuk keganasan di Rakhine

NEW YORK, SABTU, 17 November, 2012: Presiden Myanmar, Thein Sein (gambar) mengutuk keras keganasan perkauman yang berlaku di negara itu sehingga banyak nyawa melayang. 

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Pertubuhan Banga-Bangsa Bersatu (PBB),

Ban Ki-moon, hari ini. Sein menyatakan perkara itu dalam suratnya kepada Ban yang menegaskan dalang disebalik kekejaman di Rakhine tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Jurucakap PBB, Martin Nesirky, berkata surat itu jelas mengandungi maksud yang keras diberikan pentadbiran Sein mengenai keganasan yang berlaku di negaranya yang mengundang kutukan seluruh dunia.

Negara anggota PBB dan negara Islam mahu pentadbiran Sien menangani krisis Rakhine dengan segera dan memberi keadilan kepada tuntutan penduduk muslim Rohingya. - AFP

No comments:

Post a Comment