My Add

Tuesday 20 November 2012

Prestasi Bahasa Melayu di SK, SJK merosot

PUTRAJAYA, ISNIN, 19 November, 2012: Prestasi keseluruhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman di Sekolah Kebangsaan (SK) tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 0.07 mata Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) berbanding 1.90 tahun lepas.

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan, Dr. Naimah Ishak berkata, sebaliknya prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan di SK meningkat sebanyak 0.03 mata GPMP berbanding 1.96 pada tahun sebelumnya.

"Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan di Sekolah Jenis Kebangsan (SJK), peratusan calon yang mendapat gred A menurun sebanyak 1.5 peratus dan 2.8 peratus.

"Bagi Bahasa Melayu Penulisan di SJK, peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan minimum gred ABC meningkat sebanyak 3.1 peratus. Peratusan calon mendapat D dan E menurun sebanyak 1.9 peratus dan 1.2 peratus," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment