My Add

Tuesday 6 November 2012

Produk Ayamas digantung ke Sarawak

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 November, 2012: Produk ayam tertentu dari Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. ke Sarawak digantung oleh pihak berkuasa Veterinar Sarawak kerana mengesan Chloramphenicol dalam sampel frankfurter ayam.

Ayamas dalam kenyataannya berkata, syarikatnya tidak menggunakan Chloramphenicol atau mana-mana antibiotik lain yang diharamkan dalam sistem atau semasa pengeluaran produk.

"Ujian rutin dalaman juga tidak mendedahkan apa-apa keterangan penggunaan antibiotik seperti dalam bahan-bahan mentah yang kita gunakan.

"Bagaimanapun, kita memandang serius perkara ini dan akan menjalankan siasatan rapi selain memberi kerjasama dengan pihak berkuasa veterinar Sarawak," katanya dalam kenyataan akhbar disini hari ini.

Di pihak Ayamas, syarikat telah melaksanakan langkah-langkah yang paling ketat dalam kawalan kualiti bagi memastikan makanan kepada pelanggan selamat dan sihat untuk dimakan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment