My Add

Monday 5 November 2012

Program pemindahan banduan asing atasi kesesakan penjara

KOTA KINABALU, AHAD, 04 November, 2012: Jabatan Penjara akan melaksanakan program pemindahan banduan asing ke negara asal mereka bagi mengurangkan masalah kesesakan penjara di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zulkifli Omar berkata, langkah itu diambil kerana antara punca utama berlakunya kesesakan penjara seperti di tiga penjara utama di negeri ini iaitu di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan ialah hampir 60 peratus penghuninya merupakan tahanan rakyat asing.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan melaksanakan program pemindahan banduan warga asing ke negara asal pada masa akan datang.

Katanya, draf pindaan Akta Penjara 1995 bagi membolehkan pemindahan banduan warga asing ke negara asal kini berada di peringkat penelitian dan jika dilaksanakan ia akan memanfaatkan negara secara amnya, selain menjimatkan kos perbelanjaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment