My Add

Thursday 22 November 2012

Projek RM1.4 bilion di Medini

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Novemver, 2012: United Malayan Land Bhd. (UM Land) akan membangunkan projek komersial bercampur dan kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.4 bilion di Zon B, Medini, Iskandar Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif UM Land, Charlie Chia berkata, projek tersebut masih dalam peringkat perancangan dan dijangka bermula pada suku ketiga dan keempat tahun depan.

"Cadangan pembangunan itu termasuk rumah perbandaran, pangsapuri, pangsapuri perkhidmatan/pejabat kecil dari rumah (SOHO), hotel, kawasan peruncitan yang turut mempunyai premis jualan makanan dan minuman dan pusat runcitan khusus.

"Pembangunan itu akan dilaksanakan dalam empat fasa yang mengambil masa antara enam dan 10 tahun untuk disiapkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani pembelian pajakan antara UM Land dan Iskandar Investment Bhd (IIB) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment