My Add

Saturday 17 November 2012

Putrajaya bukan matlamat akhir

KOTA BHARU, JUMAAT, 16 Nov.ember, 2012: Agenda pengisian selepas menawan Putrajaya merupakan matlamat terpenting bagi Pas supaya dapat mendukung prinsip keadilan dan menghapuskan kezaliman.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, justeru itu, penyokong Pas perlu mempunyai kekuatan fizikal dan intelektual bagi menghadapi keadaan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya juga menyedari bahawa pilihan raya umum kali ini adalah yang paling sengit dalam sejarah negara ini.

"Kenyataan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) bahawa pilihan raya umum kali ini adalah hidup mati UMNO, seolah-olah menghantar satu mesej kepada pakatan pembangkang bahawa mereka akan lakukan apa saja untuk mempertahankannya.

"Perlu diingatkan bahawa menawan Putrajaya bukan matlamat akhir kita. Apa yang lebih penting ialah pengisian selepas itu agar mendukung prinsip keadilan dan menjamin kemakmuran negara serta menghapuskan kezaliman yang telah lama berlaku," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment