My Add

Friday 16 November 2012

Raja Perlis seru orang Melayu elak sengketa

PADANG BESAR, JUMAAT, 16 November, 2012: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu orang Melayu mengelak sengketa dan syak wasangka sesama sendiri bagi membolehkan mereka menjadi bangsa yang kukuh.

Baginda bertitah bangsa Melayu perlu mempunyai masa depan yang baik dan setiasa berfikiran jauh ke hadapan dengan mengutamakan semangat perpaduan.

Bangsa Melayu perlu kukuh bukan sahaja pada masa ini tetapi pada sepanjang masa demi masa depan generasi akan datang, titah baginda ketika melancarkan sambutan Maal Hijrah 1434 peringkat negeri Perlis serentak dengan perasmian Masjid Nurul Naim di Felcra Lubok Sireh di sini malam tadi.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah selain itu pendekatan Wasatiyyah atau kesederhanaan dalam kehidupan juga penting dalam membentuk kesatuan umat secara harmoni.

Pendekatan itu adalah sejajar dengan tema sambutan Maal Hijrah 1434 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' dan ia perlu dihayati oleh seluruh umat Islam, titah baginda. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment