My Add

Saturday 17 November 2012

Rakyat desak Raja Abdullah berundur, protes harga minyak

AMMAN, SABTU SABTU,, 17 November, 2012: Ribuan rakyat Jordan semalam menggesa kepimpinan negara ini ditukar sebagai tanda protes ekoran kenaikan harga minyak yang memasuki hari keempat.

Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan menggesa Raja Abdullah II melepaskan takhtanya selepas keputusan kerajaan menaikkan harga minyak.

Semasa perhimpunan itu, mereka melaung-laungkan `Kebebasan dari Allah’, `tumbangkan Abdullah’, `Abdullah telah hilang kewajarannya’ dan `tidak kepada pembaharuan, kami mahukan Jordan yang bebas’.

Kumpulan aktivis Islam dalam pada itu menggesa rakyat Jordan bangkit berdemontrasi secara besar-besaran pada Ahad ini. - DPA 

No comments:

Post a Comment