My Add

Tuesday 6 November 2012

Rakyat diminta buka mata

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 November, 2012: Umat Islam di negara ini perlu buka mata dan menyedari bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperjuangkan fahaman pluralisme agama iaitu satu fahaman yang jelas bertentangan dengan akidah Islam kerana mengiktiraf kesamarataan semua agama.

Aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang kecewa dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kelmarin bahawa orang Melayu perlu diberi kebebasan memilih agama mereka, mahu Dewan Ulama Pas menyatakan pendirian tegas serta memberi nasihat kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai berkenaan.

Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang secara peribadi turut melahirkan rasa bimbang sekiranya PKR dan parti-parti sekutunya diberi mandat memerintah negara ini.

‘‘Saya sebenarnya tertanya-tanya bagaimana tergamak Nurul Izzah sebagai seorang Islam mengeluarkan kata-kata seperti ini. Tidakkah beliau terfikir kata-katanya bertentangan dengan akidah Islam dan Perlembagaan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment