My Add

Friday 2 November 2012

Rakyat Malaysia dipindahkan ke penjara Roumieh

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 November, 2012: Dua suspek rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Lebanon berhubung dakwaan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda, dipindahkan sementara ke penjara Roumieh di Beirut, dari sebuah pusat tahanan tentera, menurut peguam mereka.

Marwan Sinno berkata, Razif Mohamad Ariffin, 28, dan Mohamad Razin Shahar Mustapha Kamal, 21, dipindahkan atas sebab logistik.

Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, beliau berkata, perkara itu telah pun dimaklumkan kepada kedutaan Malaysia di Beirut dan hakim Tribunal Tentera masih belum membuat sebarang keputusan dalam kes membabitkan dua rakyat Malaysia itu.

Sementara itu, seorang jurucakap kedutaan berkata, bapa Razif, Mohamad Ariffin Abdullah telah memohon kepada pihak kedutaan hari ini untuk menemui anaknya di penjara.

"Dia bercadang membeli sedikit makanan untuk anaknya,” kata pegawai itu.

Razif dan Mohamad Razin, yang diwakili empat peguam, dihadapkan ke Tribunal Tentera atas tuduhan menjadi anggota pengganas yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment